"Ini salah saya dan abang, saya minta maaf..." -Lepas gurauan suami terima kecaman, Maryam pula mohon maaf

Peribahasa Melayu ada berbunyi, cubit peha kanan peha kiri juga akan rasa. Mungkin itu dapat digambarkan dengan situasi yang sedang tular di media sosial ketika ini setelah tersebarnya video seorang instafamous yang dikatakan menghina pakaian tradisonal masyarakat Iban.

Video tersebut menerima pelbagai kecaman bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Iban sendiri bahkan juga kaum Melayu di luar sana kerana menganggap individu terbabit tidak sensitif dengan tindakannya.

Permohonan maaf secara terbuka

Bagaimanapun, dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram sekaligus mengakui kesilapan tersebut kerana menyedari bahawa tidak sepatutnya pakaian tradisional yang dipakai oleh isterinya, Maryam menjadi bahan gurauan yang melampau sehingga mengguris hati kaum Iban terutamanya.

Maryam juga luah rasa kesal

Tidak cukup dengan itu, Maryam juga melakukan hal yang sama di live Instagram awal pagi tadi yang sedia maklum dengan kesilapan suaminya.

Selain itu, semasa live tersebut dia telah meluahkan sedikit rasa sebaknya terhadap komen-komen orang ramai terhadap isu tersebut dengan membabitkan anak dalam kandungannya.

Luahan itu berbangkit apabila salah seorang pengikutnya dalam live tersebut bertanya punca matanya merah dan sembam seperti baru lepas menangis.

Meninjau ke ruangan komen rata-ratanya kurang bersetuju dengan individu yang berbuat demikian dan dalam masa yang sama meminta agar Maryam menjaga kesihatan diri serta bayinya kerana kesilapan tersebut bukanlah berpunca dari dirinya.

'Bukan salah Maryam'

'Jangan stress'

 

'Belajar dari kesilapan'

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen