"Tiba-tiba sibuk cari musuh..." -Lufya Omar titip pesan jaga hubungan sesama jiran

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular satu kenyaatan dimuat naik oleh seorang pengacara televisyen di laman Twitter yang mendakwa jirannya merupakan artis terkenal seorang antivaksin telah menjadi tanda tanya netizen.

Meskipun tidak menyebut nama artis tersebut namun, beberapa selebriti terasa akan kenyataan itu dan meluahkan rasa kesal di media sosial dengan tuduhan tanpa usul periksa.

Tak ada gaduh-gaduh

Difahamkan, selain Rita Rudaini, seorang lagi pelakon tersinggung akan perkara tersebut tampil bersuara akan dakwaan yang disebarkan pengacara tersebut.

Menerusi IG Story Lufya Omar, pihaknya tidak sangka cerita sebegitu akan keluar kerana mereka sebelum ini elok bermain bunga api bersama di hadapan rumah.

Kongsi kehidupan berjiran

Tidak hanya itu sahaja, Lufya juga turut menulis sedikit akan kehidupan berjiran di ruangan Instagram selain memuat naik gambar bersama jiran tertangganya termasuk beberapa selebriti terkenal.

Malah, dia juga sempat berpesan supaya tidak memandang remeh hubungan dengan jiran-jiran kerana kedudukan jiran sangat penting dalam kehidupan harian.

Sebelum ini tular akan ciapan Twitter dibuat oleh Farahanim Abdul Razak yang mendakwa beberapa selebriti sebagai antivaksin hingga menjadi perhatian media.

Bagaimanapun, semalam, Rita Rudaini telah menyelar kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa amalan rebusan air bunga cengkih tidak menyatakan bahawa dirinya seorang antivaksin atau tidak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen