Paling tinggi setakat ini, Malaysia catat 9,020 kes positif baru wabak Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian Covid-19 tertinggi apabila 9,020 kes baharu telah direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitter miliknya.

Menurut ciapan Twitter tersebut, Selangor terus kekal sebagai negeri tertinggi iaitu sebanyak 2,836 hampir mencecah 3,000 kes dalam sehari.

Ia diikuti Kelantan dengan 907 kes, Negeri Sembilan (898) dan Kuala Lumpur (789).

Sementara itu, Putrajaya mencatatkan kes terendah iaitu 29 kes manakala Perlis sebanyak 19 kes.

Justeru itu, diharapkan orang ramai sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan serta melakukan kuarantin kendiri bagi sama-sama memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen