Demi mahu beli emas, 2 wanita sanggup rentas daerah dikompaun RM5,000

Pelbagai cara yang sudah dilakukan oleh kerajaan bagi melandaikan lengkuk Covid-19 ini daripada terus menular menjangkiti orang ramai kerana ianya merupakan virus yang boleh membawa maut.

Namun masih ada lagi yang ingkar dan antara kesalahan lazim yang dilakukan oleh rakyat adalah melakukan aktiviti rentas daerah atau negeri tanpa alasan yang kukuh dan munasabah.

Alasan tak munasabah

Beritah Harian telah melaporkan terdapat dua orang wanita menangis ketika dikompaun selepas didapati merentas daerah untuk membeli barangan kemas dalam pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Kompleks Bukit Jambul.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut iaitu Asisiten Komisioner Soffian Santung menjelaskan bahawa antara alasan lain yang digunakan dalam kejadian tersebut adalah membaiki telefon bimbit di kompleks berkenaan.

'Tak sepatutnya jadi'

Jelas Soffian itu merupakan alasan tidak berasas kerana mereka tidak sepatutnya merentas daerah bagi membeli barangan bukan keperluan pada masa ini.

"Ia tidak sepatutnya berlaku kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah lebih setahun dikuatkuasakan dan orang ramau sepatutnya menjalani kehidupan norma baharu dengan mengambil tahu sempadan daerah masing-masing."

-Soffian Santung-

Selain itu, Soffian turut memberitahu bahawa tujuan pemeriksaan tersebut bukan ingin mencari kesalahan semata-mata tetapi lebih kepada mahu mendidik serta memastikan orang ramau berdisiplin dalam menjalani norma baharu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen