"Pasangan PJJ terpaksa berkorban..." -Ismail Sabri jelas rentas negeri bagi pasangan PJJ tidak dibenarkan

Satu sidang media telah diadakan pada Ahad oleh Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri bersama Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham bagi memperincikan lebih lanjut prosedur operasi standard (SOP) sepanjang 'lockdown' yang akan bermula pada 1 Jun.

Pasangan PJJ tak dibenarkan rentas negeri

Dalam kenyataannya, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti rentas daerah dan rentas negeri membabitkan pasangan jarak jauh (PJJ) sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama selama dua minggu.

Ujar Ismail Sabri, pasangan PJJ terpaksa 'berkorban' buat sementara sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh dilaksanakan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

 

Dua sumber sahaja untuk dapatkan surat kebenaran rentas

Sementara aktiviti rentas negeri dan daerah oleh pihak yang mendapat surat kebenaran bekerja dan sebagainya, surat kebenaran diberikan sebelum ini tidak akan terpakai bermula Selasa.

"Kebenaran akan ditamatkan pada esok dan kementerian akan mengeluarkan surat baharu berkaitan bekerja."

"Bagaimanapun, kita membenarkan rentas negeri membabitkan kes berkaitan kecemasan seperti kematian, keluarga sakit, nazak dan sebagainya dengan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM)."

-Ismail Sabri-

Selain itu, beliau menjelaskan bahawa ada dua sumber sahaja yang boleh mengeluarkan surat kebenaran rentas negeri dan daerah iaitu kementerian yang berkaitan dengan bidang kerja serta pihak PDRM.

Mohon kemukakan alasan munasabah dan jujur

Tegasnya, orang ramai diminta jujur ketika memohona kebenaran di balai polis bagi tujuan merentas negeri atau pulang ke kampung bagi tujuan kecemasan kerana ia boleh memberi kesan kepada mereka yang benar-benar melakukannya.

Hal ini dilihat apabila beliau dimaklumkan terdapat banyak permohonan ditolak polis kerana kes meragukan menyebabkan pihak berkuasa mengambil langkah berhati-hati dalam memberi kebenaran.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen