Bantu siasatan dakwaan langgar SOP, All Together Now Malaysia hentikan tayangan sementara

Susulan didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP), pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia memutuskan untuk menghentikan sementara program terbabit hingga siasatan selesai.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad rakaman program itu dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

"Krew penerbitan sudah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula. Hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman.

"Set yang dibina mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri di samping penghadang lutsinar turut diletakkan bagi memisahkan mereka," katanya.

Difahamkan, rakaman program yang membawa 50 orang juri dalam mencari penyanyi berbakat besar itu juga turut dihadiri wakil agenasi-agensi keselamatan.

Semalam, satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.

Sehubungan itu, Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), jelas laporan itu.

Katanya, laporan berkenaan turut memetik bahawa KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti wujud berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.

 

Anda masih keseorangan?

918,234 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen