Tak pakai pelitup muka ketika sidang media, Datuk Seri Tajuddin dikompaun RM1,500

Oleh: Zuzu Yasmine

Didapati tidak memakai pelitup muka ketika sidang akhbar, bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500.

Menerusi laporan Utusan, keputusan tersebut dibuat Pejabat Peguam Negara semalam selepas kertas siasatan yang dilengkapkan berhubung perkara itu diserahkan minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, tawaran kompaun itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

Katanya, Tajuddin dikompaun kerana gagal memakai pelitup muka semasa mengadakan sidang akhbar berkaitan insiden kemalangan tren di stesen transit aliran ringan (LRT) KLCC pada 25 Mei lalu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Justeru, orang ramai dinasihati supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam memerangi wabak Covid-19,” katanya.

Terdahulu, polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin susulan video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka.

Difahamkan, pada sidang media itu, Tajuddin dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen