Cari rezeki di IG live, atlet paralimpik gigih jual kasut & stokin walaupun tak ramai penonton

Tak mengalah walaupun jumlah penonton di IG live sedikit, kesungguhan pemuda kelainan upaya ini sememangnya patut dicontohi.

Gigih meniaga online

Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna laman Twitter dikenali sebagai @dayahhazam yang memuat naik kesungguhan seorang lelaki OKU kategori cerebral palsy yang terlihat begitu bersemangat membuat jualan di IG live.

Meskipun jumlah penonton IG live tersebut tidak sampai pun lima orang, namun dia tetap gigih menjelaskan harga kasut dan stokin yang dijual.

Seorang atlet paralimpik negara

Difahamkan, individu tersebut merupakan seorang atlet paralimpik dikenali sebagai Dale Teri yang bermain dalam sukan Boccia.

Sayu tengok usaha dia

Dikatakan, pemuda berkenaan sememangnya mencari rezeki dengan berniaga secara online di Instagram miliknya @scarpenefoziomy.

Malah video Dale mempromosikan perniagaannya juga tular apabila dikongsi oleh pengguna Twitter yang lain.

Sama-sama kita bantu

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terasa sebak melihat kesungguhan pemuda tersebut yang tidak kenal erti putus asa dalam mencari rezeki.

Bahkan, mereka juga sama-sama mengajak orang ramai untuk menyokong dan mempromosikan perniagaan Dale selain berharap pemuda berkenaan dimurahkan rezeki.

Anda masih keseorangan?

918,228 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen