Rancangan All Together Now Malaysia telah lama dirakam, polis tak buka kertas siasatan

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan dakwaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh selebriti yang terlibat dalam rakaman All Together Now Malaysia baru-baru, tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak polis.

Menerusi laporan Kosmo Online, tiada kertas siasatan dibuka oleh pihak polis berhubung dakwaan tersebut.

Menurut Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali, pihaknya mendapati rakaman program tersebut telah dibuat sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan.

“Tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak polis kerana program berkenaan dirakam sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dikuatkuasakan dan bukannya sewaktu PKP 3.0 seperti yang didakwa oleh orang ramai.

“Rakaman sewaktu tempoh PKPP itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa program yang menampilkan 50 juri terpaksa dihentikan tayangan buat sementara waktu sehingga siasatan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) selesai dijalankan.

Terdahulu, warganet di media sosial meluahkan rasa kesal apabila rancangan tersebut disiarkan ketika pandemik selain turut mempersoalkan selebriti-selebriti yang menjadi juru tidak memakai pelitup muka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen