"Berhenti hukum kami..." -Didakwa cetus Kluster Matang, lelaki mohon maaf

Seorang bekas pesakit Covid-19 meluahkan rasa kesal terhadap segelintir masyarakat yang memandang anggota keluarganya dengan pelbagai perspektif yang negatif sehingga dia yang dikenali sebagai Mohd Adli akui bahawa perkara itu lebih sakit dan derita berbanding bertarung melawan Covid-19.

Terpaksa beli barang jauh dari rumah

Jelasnya, kini dia dan keluarga seolah-olah dihukum seluruh penduduk kampung, selepas seorang daripada ahli keluarganya dikenal pasti sebagai kes indeks dalam Kluster Matang yang merupakan kluster terbesar Covid-19 di daerah Hulu Terengganu ketika ini.

Selain itu, keluarganya menjadi sasaran kemarahan  orang ramai kerana dikatakan menjadi punca jangkitan 127 individu lain yang dikesan positif Covid-19 dan terus merebak ke tiga kampung berdekatan sehingga mencetuskan rantaian jangkitan kluster baharu yang lain.

"Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada masyarakat Hulu Terengganu khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Telemong kerana kesukaran yang dihadapi mereka ketika ini, sentiasa hidup dalam kebimbangan disebabkan penularan Covid-19."

"Namun, apa yag terjadi bukan disengajakan, jauh sekali untuk menyakiti dan menjangkiti sesiapa. Harapan kami agar masyarakat tidak berterusan menghukum keluarga kami kerana ia sangat mengganggu emosi."

"Sangat menyedihkan apabila seorang daripada ahli keluarga kami yang ingin beli barang, namun tiada yang mahu berurusan kerana bimbang dijangkiti hingga kami terpaksa meminta kebenaran pihak berkusa  beli segala barangan keperluan di tempat lain."

-Mohd Adli-

'Entah macam mana boleh positif'

Bercerita lanjut tentang kronologi menyebabkan anggota keluarganya disahkan positif Covid-19 adalah apabila kepulangan abang iparnya ke Kampung Matang pada Ramadan lalu kerana ingin memastikan isteri yang baru bersalin dapat menjalani tempoh berpantang dengan sempurna.

Bagaimanapun, ujarnya kebenaran polis telah pun diterima untuk rentas negeri ketika itu serta ujian calitan juga telah dilakukan.

Walaupun keputusan menunjukkan abang iparnya negatif namun entah bagaimana dia akhirnya disahkan positif penyakit itu tidak lama kemudian.

"Sekelip mata , seorang demi seorang daripada 48 ahli keluarga kami (termasuk keluarga abang ipar) disahkan positif dan terus menerima rawatan di hospital serta menjalani tempoh kuarantin di lokasi yang ditetapkan kerajaan."

-Mohd Adli-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen