Tular gambar Tasik Chini botak digondol, DS Najib Razak kata itu gambar lama

Sebelum ini telah tular di media sosial beberapa keping gambar yang memperlihatkan keadaan Tasik Chini yang terkini yang mana ianya sudah botak dan gondol akibat daripada kegiatan penebangan dan sebagainya.

Keadaan itu secara tidak langsung telah meruntun hati ramai orang susulan melihat keadaan khazanah alam yang semakin pupus tidak dijaga dengan betul sebaliknya dilakukan seperti itu semata-mata untuk keuntungan sendiri.

DS Najib nafi gambar keadaan Tasik Chini

Bagaimanapun, menerusi hantaran Datuk Seri Najib di laman Facebook miliknya menafikan bahawa gambar yang tular tersebut adalah gambar pada waktu 2019 bukanlah gambar terkini seperti yang didakwa orang ramai.

 

Jelasnya, sejak tahun 2019 beberapa langkah yang dirancang, sudahpun diambil untuk menyelesaikan dan memulihhkan keadaan itu.

Di samping itu, beliau juga berkongsi link pada hantaran tersebut bagi membuktikan bahawa keadaan Tasik Chini yang tular itu merupakan gambar yang diambil dua tahun lalu oleh sebuah portal yang membuat liputan berhubung isu tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen