Buat 'live' tak senonoh dengan budak bawah umur, polis siasat rakaman usahawan kosmetik

Sebelum ini telah tular rakaman IG Live yang dibuat oleh seorang usahawan kosmetik sekaligus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan wargamaya apabila live tersebut turut disertai oleh dua orang budak lelaki bawah umur dan dianggap tidak bermoral.

PDRM ambil maklum kes live tak bermoral seorang usahawan

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman iaitu Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan telah menerima makluman berhubung perkara tersebut dan tindakan selanjutnya sedang dilakukan.

"Pihak kami telahpun melihat rakaman siaran langsung tersebut dan saya telahpun mengarahkan agar satu laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan berhubung perkara itu dibuka."

-Siti Kamsiah-

Tambahnya dalam kenyataan, setakat ini pihak polis belum lagi memanggil mana-mana individu untuk diambil keterangan.

Turut terlibat budak lelaki bawah umur

Selain itu, menurut sumber dua orang budak lelaki terbabit baru berusia 14 dan 15 tahun dan dengan kehadiran dua budak terbabit  jelas sekali menimbulkan spekulasi dan andaian negatif apabila mereka bebas melakukan aktiviti berkenaan lewat tengah malam tanpa pantaun orang dewasa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen