Selalu tengok Jejak Rasul sambil buat nota, pelajar India syukur raih A+ dalam Tasawwur Islam

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam, pelbagai reaksi suka dan duka di perkongsian media sosial selepas keputusan Sijil Pelajar Malaysia (SPM) 2020 diumumkan.

Turut merasa bangga, personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya telah berkongsi pencapaian seorang pelajar lelaki berbangsa India yang meraih gred 1A+ bagi subjek Tasawwur Islam dalam keputusan SPM 2020.

Pelajar lelaki yang dikenali sebagai Sai Easwaran itu turut mengatakan bahawa dia sering menonton rancangan ilmiah seperti Jejak Rasul yang dihoskan oleh Fedtri sendiri bagi menambah ilmu pengetahuan terutama berkaitan Islam.

Dia tengok Jejak Rasul sambil buat nota

Menerusi laman Twitter milik pengacara itu juga berkongsi paparan skrin ‘Direct Message’ (DM) daripada remaja berusia 18 tahun tersebut yang diterima di akaun Instagram.

“Saya baru terima keputusan SPM. Syukur, saya dapat 9A dan A+ Tasawwur Islam. Rancangan yang dipaparkan TV3 telah membantu saya mempelajari lebih dalam tentang Islam,” tulis Sai.

Dalam pada itu, Sai turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghasilkan rancangan seperti itu termasuk Fedtri yang sering berkongsi pelbagai maklumat berkaitan Islam dan bahasa Melayu di media sosial.

“Saya berhutang budi kepada semua, rancangan yang sangat bermaklumat dan para penyampai yang memiliki pengetahuan luas. Terima kasih kepada abang juga, semoga sentiasa dirahmati. Amin,” katanya lagi.

Saja nak amalkan

Fedtri juga mendedahkan pelajar itu turut melaksanakan Puasa 6 yang dijadikan sebagai amalan walaupun dirinya bukan beragama Islam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen