Sedia ganjaran istimewa kepada 5 terawal, giliran PU Riz pula 'reward' calon SPM peroleh 5A

Setelah berdepan dengan pelbagai ujian dan cabaran untuk menduduki peperiksaan SPM pada tahun lalu, akhirnya mereka berjaya melaluinya dan siapa sangka calon yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran lebih banyak berbanding SPM tahun-tahun sebelum ini.

Di kesempatan itu, seorang pendakwah bebas iaitu Haris Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz telah mewar-warkan kepada umum bahawa dia akan memberi ganjaran istimewa kepada calon SPM yang berjaya memperoleh keputusan  5A dan ke atas.

Perkongsian tersebut telah dimuat naik olehnya di laman Tiktok dan tambahnya lagi ganjaran tersebut hanya terhad kepada 5 orang terawal sahaja yang DM (direct massage) beliau di Instagram.

"Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini sekaligus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha oada masa akan datang."

"Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sunggu dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah."

-PU Riz-

Selain itu, dia juga menjemput semua pelajar yang terpilih itu menyertai sesi siaran langsung di Instagram beliau pada jam 1 petang esok untuk berkongsi tips pembelajaran.

"Saya anggap perkongsian ini nanti bukan saja berguna pada semua yang menonton, tapi dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar lain yang bakal menduduki SPM akan datang."

-PU Riz-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen