Kes harian masih tinggi, MKN umum PKP 3.0 bersambung sehingga 28 Jun

Hari ini bersamaan dengan 11 Jun, Majis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan bersambung selama 2 minggu iaitu bermula dari 15 Jun sehingga 28 Jun.

Kes harian masih tinggi

Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira jumlah kes harian masih tinggi melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871.

Bagaimanapun, Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP masih sama seperti sebelum ini dan itu termasuklah membenarkan aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia dalam laman rasminya menunjukkan bahawa jumlah kes sembuh mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 7,749 manakala kes harian individu yang positif Covid-19 masih kekal di 4 angka.

Susulan itu, dinasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa patuh kepada SOP sepanjang tempoh berlangsungnya PKP3.0 ini agar kita dapat bersama-sama menurunkan kembali jumlah kes harian yang jelas sekali amat membimbang hari demi hari.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen