"Api mana api?" -Netizen terhibur tengok babak Uqasha masak dalam drama RASN

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa kini menjadi trending dan bualan wargamaya apabila boleh dikatakan setiap hari penonton ternanti-nantikan episod seterusnya.

Hal itu adalah disebabkan oleh barisan pelakonnya yang dikatakan pandai membawa setiap watak dengan baik sehingga berjaya menitiskan air mata penonton selain jalan ceritanya juga penuh dengan kejutan.

Netizen bongkar sesuatu

Dalam episod ke-46, seorang pengguna Instagram inaijari telah memuat naik potongan babak dalam episod itu, yang menunjukkan scena watak Sara yang sedang memasak, namun api daput tidak dihidupkan.

Namanya pun berlakon, layankan je

Susulan melihat potongan babak tersebut membuatkan rata-rata netizen tidak keruan sehingga membanjiri ruangan komen dengan meninggalkan pelbagai respon.

 

'Api mana api'

 

'Tapi lauk mendidih'

 

'Api buka tapi kecil'

Bagaimanapun, babak tersebut tidak sedikit pun menjadi isu lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat sebaliknya terus setia menanti setiap episod kerana babak sedih lebih win dan real. Seperti kata netizen yang lain, maklumlah namanya pun berlakon layankan je.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen