Sentuh isu agama ketika pesan makanan, lelaki cedera diserang sekumpulan 'rider'?

Memetik laporan Harian Metro, satu pergaduhan telah berlaku di Sungai Way sekitar jam 2.30 petang yang melibatkan sekumpulan penghantar makanan dan seorang lelaki.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang penghantar makanan  berusia 19 tahun.

Jelasnya, remaja terbabit mendakwa, laporan polis berkenaan dibuat susulan tidak berpuas hati terhadap salah seorang pelanggan yang menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama.

"Pengadu membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan berkenaan serta menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan."

"Keadaan itu menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka pergi ke rumah pelanggan terbabit yang terletak di Sungai Way."

Video pergaduhan yang tular

Sebelum ini telah tular sebuah video yang menyaksikan pergaduhan sekumpulan penghantar makanan dengan salah seorang pelanggan. Menurut sumber, pergaduhan tercetus apabila pelanggan tersebut menghina agama Islam semasa membuat pesanan makanan.

Anda masih keseorangan?

918,226 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen