Tular isu program TV didakwa langgar SOP, 50 selebriti terlibat dipanggil polis

Selepas bersiarannya sebuah program TV dibawah terbitan astro minggu lalu, kontroversi terus melanda program tersebut yang didakwa gagal mematuhi SOP ketika negara masih dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

50 selebriti dipanggil dalam masa terdekat

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya iaitu Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali memaklumkan kesemua juri program berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dalam masa terdekat.

"Siasatan awal mendapati penggambaran program dilakukan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 3 Mac hingga 11 April lalu dengan merujuk SOP Sektor Industri Kreatif-Acara Langsung PKPP yang sedang berkuat kuasa ketika itu."

"Pihak penerbit program dikehandaki mematuhi SOP PKPP yang membenarkan rakaman berlangsung dengan kehadiran penonton tidak melebihi 50 peratus kapasiti serta mematuhi SOP berkaitan saringan kesihatan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal."

-Mohd Fadzil-

Orang ramai dinasihatkan terus kekal patuh SOP

Jelas beliau lagi, pihaknya menjalankan siasatan berhubung perkara itu mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Pemulihan) (No.3) kerana tidak mematuhi SOP PKPP dengan tidak memakai pelitup muka awam.

Di samping itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya terus kekal mematuhi SOP PKPP ditetapkan pihak berkuasa dalam usaha mencegah dan memutuskan rantaian penularan jangkitan pandemik Covid-19 selain tidak mensensasikan fakta atau isu berkenaan dengan kes ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen