"Syukur dapat balik anak, betulla firasat ibu tepat, rasa sayang itu lain..." - Siti Jamumall

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam kecoh di media sosial apabila pengasas laman web Jamu Mall, Siti Suriani yang selamat lahirkan cahaya mata kedua mendakwa tertukar bayi lelakinya dengan orang lain selepas pulang ke rumah.

Anak tertukar

Perkara tersebut dikongsikan menerusi sesi siaran langsung di laman Facebook Jamumall.com, dia yang mesra dengan panggilan Siti mengatakan menyedari perkara itu selepas melihat ‘tag’ nama pada bayi tersebut.

Menurut wanita berusia 22 tahun itu, perkara tersebut dapat dikesan apabila suaminya membaca tag nama yang terdapat pada bayi tersebut.

“Bila saya balik, suami saya cabut tag pada kaki bayi dan suami hampir buang tag. Nasib baik baca nama tag kaki, tapi bila tengok nama ibu di tag kaki, nama ibu lain iaitu Dianah.

“Ini bukan drama, ini realiti. Sebelum ini hanya tengok drama anak tertukar, tapi kini jadi betul-betul kepada diri saya,” katanya.

Awalnya dia mula berasa tidak sedap hati apabila bayi tersebut lebih ringan dari jangkaan setelah bangun daripada tidur pada pagi Sabtu.

Difahamkan, ketika siaran langsung itu, dia dan suami dalam perjalanan untuk menghantar bayi tersebut ke hospital.

Bertemu kembali dengan anak

Menerusi siaran langsung yang lainnya, Siti memaklumkan bahawa dia telah menamui anaknya kembali dan bernasib baik apabila anaknya pada ketika ini masih berada di hospital kerana belum mendapat pelepasan untuk keluar.

Dalam pada itu, Siti berharap bahawa perkara tersebut akan menjadi pengajaran buat ibu-ibu serta bakal ibu yang bakal bersalin agar lebih peka selepas ini.

Dah anggap anak

Malah Siti juga turut berkongsi tangkapan layar perbualan bersama ibu kepada bayi yang tertukar dengan anaknya yang turut kecewa apabila kejadian sebegini berlaku.

Siaran langsung tersebut telah mendapat sebanyak lebih 95,000 tontonan dan lebih 60,000 komen.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen