Tular video wanita maki hamun polis demi bela lelaki pakistan, suami isteri ditahan

Oleh: Zuzu Yasmine

Rela pertahankan suami, seorang wanita dikatakan sanggup bertengkar dengan anggota polis yang sedang menjalankan tugas di hadapan sebuah pusat beli belah di Subang Jaya, Selangor.

Menerusi video berdurasi 2 minit yang tular di media sosial itu memaparkan wanita berkenaan memarahi anggota polis selepas dipercayai tidak berpuas hati suaminya yang merupakan warga Pakistan ditahan untuk pemeriksaan.

Menurut laporan Harian Metro, pasangan ini juga menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang disyaki palsu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, anggotanya yang menjalankan pemantauan menahan kenderaan suspek di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan, jam 7.26 petang.

"Semasa pemeriksaan, suspek wanita berusia 42 tahun melakukan provokasi malah merampas dokumen lelaki warga Pakistan berusia 33 tahun yang berada di tangan anggota polis.

"Wanita itu turut mempersoalkan pemeriksaan yang kami buat," katanya.

Bagaimanapun, pasangan ini telah ditahan kerana menghalang tugas polis selain mengeluarkan kata-kata kesat ketika kejadian tersebut.

Difahamkan kedua-dua suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen