8 Fakta Tentang Akal Wanita Yang Wajib Lelaki Faham.

Lelaki sering merungut dengan perangai wanita yang kadang kala sukar untuk mereka ramal. Sekejap macam baik-baik sahaja, tetapi sekejap lagi dia boleh tiba-tiba marah dan merajuk tak tentu pasal. Perlu korang tahu bahawa walaupun manusia masing-masing mempunyai otak dan akal fikiran, namun ia sebenarnya sangat berbeza jika mahu membandingkan di antara sikap laki-laki dan juga wanita. Memahami perbezaan tentang bagaimana otak wanita berfikir, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum lelaki dalam mengenal dan mengawal emosi wanita.

Jom kita lihat 8 fakta berkaitan dengan akal wanita yang wajib difahami oleh kaum lelaki.



1. Sentiasa berubah-ubah.

Perubahan yang berlaku pada lelaki dan wanita adalah disebabkan oleh hormon, tetapi kaum wanita lebih terdedah kepada perubahan ini kerana tahap hormon mereka yang sentiasa berubah-ubah. Kitaran haid bulanan wanita juga menjadi faktor kepada perubahan hormon ini dan ia juga memainkan peranan penting dalam setiap perubahan tingkah laku. Jadi, tak hairanlah jika wanita sering marah-marah bila time PMS kan. Hehe

2. Kuasa psikik.

Gerak hati wanita bukan hanya sekadar mitos. Para saintis telah membuat teori bahawa wanita mungkin mempunyai deria keenam, seiring dengan peningkatan usia mereka dan perkara ini boleh dilihat dengan jelas selepas mereka sudah melahirkan anak. Apabila bayi menangis pada waktu tengah malam, si ibu akan tersedar kerana gerak hatinya mengetahui bahawa bayi itu sedang memerlukannya untuk meminta susu atau berasa tidak selesa. Berbanding lelaki, ada segelintir daripada mereka yang langsung tidak sedar ketika anaknya menangis di waktu malam.



3. Bertindak lebih agresif.

Cara wanita meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka adalah lebih agresif berbanding lelaki. Jika lelaki mungkin lebih cenderung kepada serangan keganasan fizikal untuk meluahkan rasa tidak puas hati, namun berbeza bagi wanita. Langsung tidak menggunakan kekerasan, dalam menyelesaikan sebarang masalah wanita lebih menggunakan pendekatan secara diplomatik. Mereka mungkin bijak dalam memanipulasi dan membuat rundingan untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.

4. Ketidakpastian.

Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang wanita apabila sering berasa curiga, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan konflik bersama pasangan. “Silent treatment” mungkin adalah satu tindakan yang dibenci oleh kaum lelaki, tetapi mereka harus menerima cara ini kerana wanita lebih suka menggunakan pendekatan ini dalam menyelesaikan perselisihan di antara pasangan. Mereka sering dibelenggu dengan sikap ‘ingin tahu’ dan ‘ragu-ragu’ dalam perhubungan dan cenderung untuk membuatkan mereka berasa susah hati dan sering kecewa.



5. Like a switch light.

Dalam soal hubungan seksual, wanita lebih mudah untuk hilang nafsu ketika sedang mengadakan hubungan bersama pasangan. Golongan ini lebih sukar untuk dipuaskan berbanding lelaki. Berbeza dengan lelaki, mereka lebih mudah untuk membuat keputusan dalam melakukan hubungan intim. 

6. Naluri keibuan.

Golongan lelaki perlu bersedia untuk berhadapan dengan perubahan besar yang berlaku kepada wanita apabila mereka disahkan mengandung atau baru sahaja bergelar ibu. Bukan sahaja perubahan fizikal, emosi yang disebabkan oleh mengandung dan melahirkan anak juga turut menjadi perubahan besar dalam kehidupan seorang wanita. Mujur sifat keibuan yang hadir dalam diri mereka diberikan secara semula jadi dan kerana itu, walaupun mungkin tidak pernah berpengalaman menyusukan dan menjaga bayi, sikap tanggungjawab itu hadir dengan sendirinya dalam diri mereka.



7. Perimenopause.

Tidak seperti lelaki, wanita melalui dua fasa ‘alam remaja’ dalam kehidupan mereka. ia berlaku seawal wanita mengalami akil baligh di usia remaja dan kemudian menghadapi satu lagi kitaran yang dikenali sebagai perimenopause yang biasanya berlaku pada usia 40-an. Keadaan ini boleh menyebabkan perubahan hormon yang tidak menentu dan mungkin menyebabkan mereka bersikap sedikit keanak-anakan. Jangka masa perimenopause ini biasanya terjadi selama antara dua hingga sembilan tahun sebelum menopaus.

8. Suka cabaran.

Kaum wanita yang mengalami perubahan selepas menopaus boleh menyebabkan keinginan mereka meningkat untuk melakukan aktiviti-aktiviti mencabar dan jangan terkejut bila melihat wanita yang sudah berusia masih lagi aktif melakukan kerja-kerja sukarelawan untuk kepuasan diri mereka. Ha, macam mana? Tak kira lelaki atau wanita, mesti ada yang tersenyum bila baca point-point yang kami kongsi kan ini sebab memang ‘kena’ dengan personality segelintir wanita yang korang kenal atau mungkin ada yang terkena batang hidung sendiri? Hiks!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen