"Acah kata aku rosak akidah..." - Iqram Dinzly tampil jelaskan keadaan sebenar

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan teguran Pencetus Ummah (PU) Syed kepada Iqram Dinzly akan aksinya yang kurang enak disebuah aplikasi, pelakon tersebut tampil membidas kenyataan yang mendakwa dirinya memesongkan akidah anak muda dalam perihal agama.

Sehubungan itu, Iqram menerusi akaun Instagram miliknya mengatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan tersebut dianggap fitnah buat dirinya.

Menurut pelakon berusia 39 tahun itu, tuduhan sebegitu tidak seharusnya dilemparkan dengan semudahnya tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

“Alhamdulillah diucapkan atas segala #viral #fitnah yang mencurah-curah. MasyaAllah Allah makbulkan doa IQ untuk ditunjukkan kebenaran yang lebih indah.

"Kita takyah bercerita pasal #sembahlahaku dulu lah ya. Jalan terus ke #teguran yang dikatakan benar belaka. Wow hebatnya kamu ya wahai manusia.

"1. Video durasi kurang 2 minit di petik oleh #netizen yang bijak dari live #tiktok bukan #bigo ya bloggers-bloggers yang terlebih bijak cari fakta. Sebenarnya lebih dari sejam kejadiannya.

"2. Teguran? Cuba explainkan sikit maksud teguran dalam Islam? Adakah kelam seperti mana si maksom @_Pusyed ni yang tampak kelam? Kenapa tak mention direct instead hanya sebut nama IQRam?

"3. Siapa kau dikalangan aku? Kau side famili aku yang mana satu? Kau sahabat-sahabat yang rapat ngan aku? Atau kau memang acah nak sembang padu tapi otak kau tepu?...” luahnya.

Dalam posting tersebut, Iqram juga turut mengatakan bahawa isu tekanan atau depresi tidak perlu dibangkitkan.

“Kenapa aku pula kau nak bangkitkan isu yang mungkin kau sedang stress/depression sebab pusat rawatan kau tak siapa nak lawat sebab PKP? Chill Ah Bro! Sekiranya benar kau di jalan Allah, kau kena redha & berserah. Bukan macam anjing menyalak alkononnya acah kau kata aku rosak akidah. Kang kata bodoh berdekah, tentu ada pengikut kau yang taksub report aku dah 2 kali aku post dalam keadaan marah.

“Tapi aku ada hak juga nak meludah. Sebab aku sedar aku bukan Nabi/Rasul yang rasa cukop sempurna ibadah.

“Atau kau sedang mabok fana diuji kerna prasangka diri senantiasa dikurniakan hidayah? mcmnilah aku suka kau buat video belakang background yang acah,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Pu Syed meningatkan agar anak muda atau pengguna media sosial yang lain supaya tidak layan sekiranya pelakon itu membuat live di mana-mana platform.

Katanya bimbang akan terpesong akidah dan tidak mendapat sebarang manfaat dari interaksi sedemikian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen