Tular video seret kucing sambil tunggang motosikal, lelaki mengaku tidak bersalah

Sebelum ini, telah tular satu rakaman video yang menyaksikan tindakan seorang lelaki menyeret seeokor kucing sambil menunggang motorsikal sekaligus menimbulkan rasa berang dalam kalangan netizen susulan melihat kejadian tersebut.

Pelaku mengaku tidak bersalah

Memetik laporan Kosmo, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Azizul Salahuddin berusia 46 tahun telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing dengan menyeretnya di atas jalan.

Bagaimanapun, lelaki itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan do hadapan Majistret Adilah Mokhtar sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail dan tertuduh pula diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaam (YBGK), S.Kumaresan.

Dibenarkan ikat jamin

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati secara tidak munasabah menyebabkan penderitaan yang tidak perlu kepada haiwan iaitu dengan menyeret seekor kucing di atas jalan.

Pun begitu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 14 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Video kejadian 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen