Tular foto tidak memakai 'mask' ketika bertugas, penguat kuasa PBT bakal dikenakan tindakan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular di media sosial gambar seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak memakai pelitup muka di Pasir Mas ketika mengenakan kompaun terhadap peniaga di Rantau Panjang.

Menerusi laporan Harian Metro, individu berkenaan akan dikenakan tindakan segera oleh polis kerana tidak memakai pelitup muka ketika bertugas.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, lelaki berkenaan akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Katanya, hasil siasatan pihaknya mendapati lelaki berusia 39 tahun itu bertugas sebagai penguat kuasa PBT di Pasir Mas.

Malah polis sedang mengesan kakitangan PBT itu untuk dikenakan tindakan dengan kadar segera, susulan laporan polis dibuat.

"Gambar penguat kuasa itu tular ketika dia mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan yang menjalankan perniagaan di lokasi tidak dibenarkan iaitu berdekatan Masjid Beijing, Rantau Panjang.

"Gambar yang tular menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana penguat kuasa berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika menjalankan tugas.

"Susulan itu, satu laporan polis dibuat bertujuan menjalankan risikan dan siasatan berkaitan gambar yang tular dan mengambil tindakan sewajarnya kepada penguat kuasa terbabit," katanya.

Terdahulu, tular gambar penguat kuasa berkenaan yang mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan dan pada masa sama dia tidak memakai pelitup muka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen