Tular kes gaduh ketika 'delivery', penghantar makanan bebas dengan jaminan polis

Sebelum ini telah tular sebuah rakaman video yang menyaksikan pergaduhan di Sungai Way melibatkan sekumpulan 'rider' penghantar makanan dengan seorang lelaki.

Susulan kejadian tersebut, lelaki terbabit mengalami kecederaan manakala 5 daripada pelaku telah ditahan bagi siasatan lanjut berhubung pergaduhan tersebut yang berpunca daripada isu berkaitan keagamaan.

Rider bebas tanpa ikat jamin

Bagaimanapun, polis Selangor menegaskan bahawa mereka telahpun dibebaskan tiada sebarang jaminan wang dikenakan kepada lima penghantar makanan yang direman itu.

Jelasnya Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Arjunaidi Moahamed, mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan tidak perlu berlakunya tabung kutipan derma kononnya bagi membayar jaminan lima penghantar itu.

"Apabila kita beri jaminan polis, tidak perlu bayar. Namun bila ada seseorang mengiklankan atau memberitahu membuat kutipan, kita syak ada berlaku penyelewengan atau mengambil kesempatan daripada keadaan ini."

-Arjunaidi Mohamed-

Elak penyelewengan tabung ditubuhkan NGO

Hal itu diulas adalah kerana sebuah pertubuhan bukan kerajaan disyaki telah menubuhkan tabung kutipan derma dengan nama 'Tabung Kilat Ikat Jamin Food Rider Foodpanda'.

Bagaimanapun, NGO terbabit telah hadir hari ini ke Ibu Pajabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi menjelaskan perkara tersebut.

"Sememangnya jaminan polis dan tidak memerulkan sebaran duit kecuali dituduh di mahkamah. Kalau ada orang hendak kutip duit yang tidak diketahui tujuannya, itu kita siasat."

-Arjunaidi Mohamed-

Video rakaman ketika kejadian

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen