Alami sakit jiwa lepas belajar ilmu hitam, suami nekad sembelih isteri dan anak

Memetik portal IndoZone, seorang wanita dan dua orang anaknya yang masih kecil ditemui maut dalam keadaan tragis dibunuh suaminya di kediaman mereka di Kabupaten Kutai Timur pada Isnin.

 

Serang jemaah lepas bunuh isteri

Difahamkan, selepas kejadian, lelaki terbabit mengamuk di masjid yang berada tidak jauh dari rumahnya  dengan menyerang jemaah yang sedang beribadah.

Dalam kejadian tersebut, imam masjid mengalami luka di bahagian telinga dan tangan.

Isteri ditemui maut bersama anak

Selain itu, jemaah terus bergegas ke rumah suspek untuk memberitahu kejadian itu kepada isterinya namun, sangat mengejutkan mereka apabila isteri dan anaknya ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah.

Menurut sumber, isteri dan anak-anaknya yang masih kecil maut dalam keadaan sangat tragis apabila telah disembelih oleh suaminya.

Suspek juga dipercayai cuba bunuh diri

Susulan insiden mencemaskan itu, mereka segera melaporkan di balai polis berdekatan dan berdasarkan maklumat terkumpul, lelaki berkenaan dipercayai mengalami sakit jiwa selepas menuntut ilmu hitam.

Bagaimanapun, motif sebenar kejadian itu berlaku masih dalam siasatan polis selain memaklumkan bahawa dia turut melakukan percubaan bunuh diri selepas membunuh isteri dan anaknya kerana terdapat luka di bahagian leher dan telinga.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen