"Perbuatan ini bercanggah..." -Jabatan Rela tampil jelas isu 'viral' daftar ahli secara automatik

Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam satu kenyataannya pada Selasa, menegaskan dakwaan menggunakan data peribadi seseorang untuk didaftarkan sebagai anggota Rela secara automatik tanpa kebenaran individu berkenaan adalah tidak benar.

Rela ambil maklum dan jalankan siasatan

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi mengulas lanjut mengenai kekecohan media sosial sejak Isnin mengenai orang awam yang mendakwa diri mereka telah didaftarkan sebagai ahli Rela secara automatik di dalam sistem MyRela.

"Perbuatan ini bercanggah dengan perkara yang dinyatakan di Seksyen 6(1), Akta Perlindungan Data Peribadi 2010."

"Rela maklum akan kegusaran orang ramai dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti tatacara pendaftaran keanggotaan yang dilaksanakan sebelum Akta 752 berkuatkuasa."

Tiada kompromi jika didapati bersalah guna data peribadi

Di samping itu, jabatan itu memaklumkan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak atau individu yang secara sengaja memproses atau menggunakan data peribadi seseorang bagi tujuan tertentu tanpa mendapat kebenaran individu terbabit.

"Rela juga dalam usaha melaksanakan program pemutihan keanggotaan di mana anggota yang tidak aktif dan telah capai tempoh lima tahun akan ditamatkan keanggotaan."

"Bagaimanapun, program pemutihan keangotaan berdasarkan Seksyen 9 Akta ini digantung sementara kerana Rela sedang menumpukan usaha untuk melawan wabak Covid-19."

Tangkap layar skrin orang ramai

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen