Kecewa kekasih berubah hati, lelaki sanggup bakar tafsir al-Quran belakang tandas

Memetik laporan Harian Metro, polis menahan seorang lelaki yang bukan beragam Islam selepas dipercayai membakar senaskhah tafsir Al-Quran di belakang tandas awam berhampiran Tabung Haji di Pekan Kuala Nerang, pada Isnin malam.

Dalam kejadian tersebut, motif tersebut dipercayai akibat kecewa dan marah dengan kekasihnya yang berubah hati.

Polis terima laporan tengah malam

Menurut Ketua Polis Kedah iaitu Datuk Kamarul Zaman Mamat , pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki Melayu pada jam 12.25 tengah malam tadi selepas melihat video melalui Whatsapp mengenai seseorang membakar Al-Quran di belakang tandas.

Jelasnya, berikutan itu pengadu bersama dua rakan ke lokasi kejadian namun mendapai tiada sesiapa di situ dan hanya menemui cebisan Al-Quran yang dibakar.

"Mereka kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis dan satu kertas siasatn dibuka berhubung kejadian itu."

-Kamarul Zaman-

Suspek berjaya ditahan

Tambah beliau dalam kenyataan, lokasi kejadian tidak mempunyai kamera rakaman litar tertutup (CCTV) dan kawasan itu terbuka yang mana ianya berlaku di depan rumah kedai suspek.

"Susulan itu, polis mengambil sisa cebisan tafsir al-Quran yang dibakar di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.

"Lelaki berusia 36 tahun itu kemudian ditahan di Pekan Kuala Nerang dan polis merampa dua unit telefon bimbit, satu unit pemetik api dan sepasang selipar yang dipercayai digunakan ketika kejadian."

-Kamarul Zaman-

Motif suspek kecewa kekasih berubah hati

Difahamkan, siasatan mendapati motif suspek adalam disebabkan marah dan kecewa dengan kekasihnya seorang wanita Islam yang berubah hati.

Sementara naskhah tafsir al-Quran itu adalah hadiah pemberian wanita terbabit.

"Hasil soal siasat, suspek mendakwa dia tidak berbuat untuk menyentuh sensitviti agama namun dia ditahan reman untuj membantu siasatan."

-Kamarul Zaman-

Susulan kejadian, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam melakukan sebarang tindakan yang berkemungkinan boleh memecahkan keamanan dan memudaratkan ketenteraman awam.

Rakaman video orang awam

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen