Pelajar berang dihalang ambil 'exam' kerana belum vaksin, pihak UM jelas sedang teliti isu Nik Farah

Susulan video yang telah tular di media sosial berkaitan dengan dakwaan seorang pelajar jurusan perubatan dari Universiti Malaya (UM) tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana belum menerima vaksin, pihak UM memandang serius laporan polis yang dibuat pelajar terbabit.

UM ambil maklum kes tular

Menurut Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat UM iaitu Mohd Khairi Md Jaafar dalam satu kenyataannya memaklumkan bahawa pihak UM sedang meniliti perkara itu secara lebih terperinci dan terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak terbabit bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Sebagai sebuah universiti yang menerapkan nilai kebersamaan, Univerisiti Malaya sentiasa berjuang bersama-sama dengan rakyat Malaysia dalam memerangi wabak Covid-19."

"Adalah menjadi tanggungjawab Universiti Malaya untuk menyediakan kampus yang kondusif dan selamat kepada warga kampus dalam berdepan dengan pandemik ini."

-Mohd Khairi-

Sebelum ini, telah tular isu yang berkaitan pelajar jurusan perubatan itu yang dikatakan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana belum menerima suntikan vaksin.

Permohonan ambil periksa berasingan ditolak

Dia yang bernama Nik Farah merupakan pelajar perubatan di tahun 3 meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pihak universiti yang menghalangnya dan meminta meninggalkan dewan.

"Ia sangat sedih sebab saya dan rakan dah belajar dengan tekun. Itu hak saya untuk ambil peperiksaan. Namun atas desakan pihak universiti, saya akhirnya setuju mendapatkan vaksin dan memaklumkan perkara itu kepada pihak universiti pada April lalu."

"Malah, saya dimaklumkan pihak universiti akan memberikan tarikh janji temu saya mendapatkan vaksin. Namun, sehingga hari peperiksaan pada 8 dan 9 Jun, saya masih belum dapat tarikh janji temu."

"Saya memohon untuk menduduki peperiksaan itu secara berasingan, namun permohonan berkenaan ditolak."

-Nik Farah-

Anda masih keseorangan?

936,383 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen