Sengaja cetus kemarahan umat Islam, rakyat Israel menari sambil mencela Nabi Muhammad SAW

Oleh: Zuzu Yasmine

Biarpun gencatan senjata telah diumumkan antara Palestin dan Israel, namun kekejaman rejim Zionis bagai tiada titik noktah apabila mereka terus menerus menzalimi rakyat Palestin tanpa belas sehingga ke hari ini.

Tarian mencela nabi

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan sekumpulan warga Zionis melakukan tarian sambil mengangkat bendera Israel dengan bangga di sebuah tempat kebanggan Umat Islam iaitu Baitulmuqaddis.

Difahamkan, tarian tersebut turut mencela Nabi Muhammad SAW dalam bahasa arab yang sememangnya mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Bukan sahaja celaan terhadap Nabi Muhammad SAW sahaja, namun mereka dikatakan turut mencela orang Arab dan Islam selain turut mencela pejuang Palestin serta wartawan.

Dikatakan juga perarakan bendera oleh penjajah Israel dengan menaikkan sepanduk yang menyeru agar Kubah al-Sakhrah (Dome of the Rock), Masjidil Aqsa dirobohkan.

Untuk makluman Al-Sakharaj merupakan kubah ikonnik Al-Aqsa yang menjadi kebanggaan seluruh umat Islam di dunia.

Alasan tangkap rakyat Palestin

Meskipun dihalang dan dibantah oleh rakyat Palestin, namun dihalang oleh tentera Zionis, bahkan mereka telah ditangkap oleh rejim tersebut.

Tentunya perkara ini satu kekecewaan yang besar buat umat Islam selain kemarahan apabila melihat tempat suci dan Nabi Muhammad SAW diperlakukan sedemikian rupa. Semoga penindasan sebegini segera berakhri buat rakyat Palestin dan umat Islam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen