Hidup sebatang kara & tiada kerja punca lelaki cuba terjun dari tingkat 11

Oleh: Zuzu Yasmine

Gara-gara hidup tertekan kerana tiada pekerjaan dan bersendirian, seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 11 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara, Petaling Jaya, semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki berusia 25 tahun itu berjaya diselamatkan oleh orang awam selepas melihat individu berkenaan keluar dari tingkap rumah tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan pada pukul 11 pagi.

“Susulan itu, sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian dan mendapati lelaki berkenaan  diselamatkan orang awam.

“Lelaki terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya lagi, lelaki terbabit berasal dari Ipoh, Perak dan tinggal di rumah rakannya.

“Dia cuba membunuh diri kerana mengalami tekanan emosi disebabkan tiada pekerjaan dan hidup sebatang kara.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 309 kerana mencuba melakukan kesalahan membunuh diri,” jelasnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen