Dengar isteri & anak menangis dipukul suami, jiran dipuji bantu buat laporan polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Sikap jiran yang sentiasa mengambil peduli terhadap jirannya juga sangat penting pada masa kini. Bukan sahaja boleh menghulurkan bantuan saat terdesak namun juga mampu selamatkan nyawa seseorang.

Menerusi video dimuat naik di aplikasi TikTok, seorang pengguna yang ingin dikenali sebagai @nurbby_ telah berkongsi satu tindakan bijak apabila membuat laporan polis berhubung keganasan rumah tangga yang dipercayai berlaku pada jirannya.

Dengar jiran menangis dipukul

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan, jelas kedengaran suara wanita dan kanak-kanak yang menangis meminta seseorang berhenti memukul mereka.

Polis datang lepas terima laporan

Dalam video yang lain pula, @nurbby_ memaklumkan bahawa telah membuat laporan pihak berkuasa malah kereta polis tiba dihadapan rumah jirannya dan mendapati wanita tersebut dalam keadaan trauma selepas dipukul oleh suami.

Bukan kali pertama

Menurut pemilik akaun TikTok tersebut, perkara tersebut bukanlah kali pertama berlaku malah sudah beberapa kali terjadi sehingga jiran berhampiran bersimpati terhadap wanita tersebut dan anaknya.

Lelaki dah kena tangkap

Bagus ada jiran macam ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada pengguna TikTok berkenaan yang prihatin dengan nasib jirannya.

Selain turut meluahkan rasa lega apabila lelaki berkenaan sudah ditahan polis dan berharap mangsa berada dalam keadaan selamat ketika ini.

Kesian dengar suara dia

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen