Lepas 'viral' isu tak solat, usahawan kosmetik ditahan polis, pukul anak hingga lebam

Memetik laporan Kosmo, usahawan kosmetik dari Kelantan yang sebelum ini menjadi bualan netizen susulan tular video yang mengaku bahawa dirinya tidak solat, kini wanita terbabit kembali menjadi kontroversi apabila dipercayai telah memukul anak perempuannya berusia 16 tahun

Pukul anak sebab tak puas hati

Menurut sumber, kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu gara-gara berang dengan status dimuat naik oleh remaja terbabit menerusi aplikasi Whatsapp.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas iaitu Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M. Nasir memaklumkan bahawa insiden itu menyebabkan mangsa mengalami luka dan bengkak pada bahagian kepala akibat ditampar oleh bapa tirinya.

Mangsa sempat larikan diri

Tambahnya lagi, berdasarkan siasatan, sebelum kejadian, mangsa telah dipanggil oleh ibunya yang berusia 33 tahun selepas tidak berpuas hati dengan status melalui Whatsapp yang dimuat naik remaja berkenaan.

Namun, apabila keluar dari bilik, ibunya telah memarahi remaja itu dan dia diheret oleh bapa tirinya sebelum menampar mangsa beberapa kali di bahagian pipi.

"Selepas itu, wanita berkenaan telah bertindak memukul kepala anaknya menggunakan tangan dan cuba memukul mangsa dengan kayu hoki namun, sempat melarikan diri."

"Siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada status yang dimuat naik mangsa mengenai ibunya yang mengungkit mengenai soal harta selain turut memarahi remaja berkenaan kerana tidak bekerja."

Kedua-dua suspek telah ditahan

Susulan kejadian, remaja terbabit kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan pemeriksaan mendapati mangsa mengalami bengkak pada bahagian kiri kepala, luka pada bahagian dalam pipi dan lebam pada beberapa anggota badan.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek telah ditahan pada jam 9 malam tadi untuk membantu siasatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen