"Rombongan bawa bantuan masih belum dapat masuk Gaza..." - Sukarelawan di Palestin perjelas keadaan UEL

Hari ini, media melaporkan bahawa Israel kembali melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza dengan mendakwa ia sebagai tindak balas terhadap tindakan pejuang wilayah itu menghantar belon api ke Selatan Israel.

Menurut sumber, tentera udara Israel menyasarkan sekurang-kurangnya satu lokasi di Timur bandar Gaza Selatan Khan Younes.

Misi bantuan masih belum masuk Gaza

Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, rombongan pendakwah Ustaz Ebit Lew yang membawa bantuan untuk penduduk Palestin dilaporkan masih belum dapat masuk ke Semenanjung Gaza.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) iaitu Nadir Al Nuri Kamarulzaman memaklumkan bantuan daripada rombongan itu juga belum dapat dibawa masuk ke kawasan itu.

Namun, Nadir tidak mengulas lanjut punca dan asbab usaha pendakwah terbabit masih gagal masuk ke Gaza.

Sebelum ini, Wisma Putra mengesahkan bahawa Ebit Lew dan delegasinya berada dalam keadaan baik dan dipercayai masih meneruskan misi bantuan kemanusiaan di Gaza.

Kenyataan itu dikeluarkan kerana ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan misi bantuan kemanusiaan pendakwah terbabit selepas keberangkatan beliau ke sana pada 25 Mei lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen