Ronaldo tepis coke & pilih air kosong jadi punca Coca-Cola rugi besar

Oleh: Zuzu Yasmine

Pentingkan aspek pemakanan terutama pengambilan gula dalam diet seharian, bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo telah mengetepikan dua botol Coke ketika sidang akhbar Euro 2020 baru-baru ini.

Dengan riak wajah yang serius ketika mengetepikan dua botol Coke sebelum memegang sebotol air mineral dan menggesa mereka di hadapannya minum air kosong berdasarkan video yang tular.

Difahamkan, minuman tersebut merupakan penaja rasmi kejohanan tetapi Ronaldo tetap berpegang dengan prinsipnya dalam soal kesihatan.

Susulan tindakan permain bola sepak terkenal itu telah menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

Bagaimanapun, Coke telah mengeluarkan kenyataan bagi membalas tindakan permain bola sepak berusia 36 tahun dengan menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk memilih minuman mereka.

Dalam pada itu, jurucakap minuman tersebut juga mengatakan bahawa pemain diberi air kosong bersama Coca-Cola.

"Pemain diberikan air kosong bersama Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media,” katanya.

Legenda Protugal itu sememangnya mengamalkan diet yang ketat dan mengelak daripada mengambil terlalu banyak gula untuk mengekalkan fizikalnya berikutan usianya semakin meningkat.

Malah, semasa di Real Madrid, doktor pasukan berkata Ronaldo mempunyai tubuh seorang pemain 10 tahun lebih muda dan mampu beraksi di pentas tertinggi sehingga usia 40 tahun.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen