Hilang kerja waktu PKP, pemuda sanggup jual tong gas tak nak mak ayah kebuluran

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih tidak berpenghujung ini, memang tak dinafikan banyak sektor yang tidak dapat lagi beroperasi sekaligus menyebabkan ramai yang hilang punca pendapatan kerana dibuang kerja.

Jual tong gas untuk sara mak ayah

Nasib itu turut dialami oleh seorang pemuda ini apabila dia mencuba nasib untuk menjual tong gas di sebuah kedai demi untuk menyara ibu dan ayahnya di rumah kerana tidak ingin mereka kebuluran.

 

Situasi tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di kedai terbabit dan telah dimuat naik di laman Tiktok.

Tak bermaksud aibkan sesiapa

Menurut pemilik akaun yang menggunakan nama 'Rinie Muji' memaklumkan bahawa perkongsian video tersebut dimuat naik bukanlah ingin mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya hanya ingin berkongsi kisah yang dialami olehnya pada ketika itu.

'Tiba-tiba air mata keluar'

Video yang menjadi tontonan lebih 10 ribu tontonan itu dibanjiri dengan pelbagai respon yang rata-ratanya tersentuh melihat kejadian tersebut sekaligus melahirkan rasa syukur kerana sedar bahawa tak semua orang mempunyai nasib yang sama lebih-lebih di musim pandemik yang sangat mencabar ini.

'Ramai orang terkesan'

'Moga dimurahkan rezeki'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen