Berat badan makin susut, Elyana bakal jalani rawatan radioterapi 10 hari

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa penyanyi Elyana, sedang bertarung dengan penyakit kanser limfoma sekitar 11 tahun.

Terbaru, pelatun lagu Tak Tercapai Akalmu itu telah berkongsi perkembangan terbarunya yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

Menerusi ruangan Insta Story miliknya, dia berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari.

Berat badan seberat 35kg

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal turut berkongsi cerita tentang proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.

Malah dia juga berkongsi kepada pengikutnya akan berat badan terkini iaitu hanya seberat 35 kilogram.

“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.

“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.

Mohon doa ramai

Dalam pada itu pihaknya juga turut memohon doa ramai bagai kelancaran proses tersebut sekaligus kesihatan dirinya.

“Harapnya semua berjalan lancar dan saya berharap korang semua dapat mendoakan kelancaran dan kesihatan saya, semoga cepat sembuh,” ujarnya.

Untuk makluman, sekitar Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan bahawa kanser tersebut telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen