Dipukul dan diugut lepas tular isu status 'Whatsapp', anak dedah rupanya dianiaya sejak kecil

Berikutan tular isu seorang usahawan kosmetik memukul anaknya selepas memuat naik status Whatsapp berkenaan harta, kini giliran anaknya pula tampil buka mulut menceritakan situasi sebenar yang dialami olehnya selama ini.

Anak dedah dianiaya sejak kecil

Remaja terbabit telah memuat naik pendedahan tersebut di laman Facebook yang memaklumkan bahawa dia rupanya telah dianiaya sejak kecil lagi oleh ibunya.

 

Dalam pada itu, dia turut menceritakan serba sedikit tentang detik-detik cemas yang dihadapinya selepas memuat naik status di Whatsapp berkenaan harta sehingga menyebabkan mak dan bapa tirinya nekas bertindak memukulnya.

Suami diugut jika bawa isteri keluar rumah

Tidak hanya dengan itu, suaminya juga telah diugut mak mentuanya sekiranya dia membawa isterinya keluar dari rumah.

"Bapa tiri saya ugut suami saya kalau suami saya bawa saya lari dari rumah, dia akan buat laporan polis atas kes rogol sementara mama pula akan minta suami ceraikan saya kalau dia bawa saya keluar rumah."

-Anak-

Titip nasihat agar orang ramai ambil pengajaran

Jelas remaja berusia 16 tahun itu, dia inginkan keadilan terhadap situasinya sebagai seorang anak yang teraniaya sejak kecil di samping berharap agar kejadian yang menimpa dirinya pada ketika ini menjadi pengajaran buat semua orang di luar sana.

 

Anda masih keseorangan?

936,389 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen