Mahkamah batal dokumen ditandatangani PM, diarah guna nama sebenar dalam urusan rasmi

Memetik laporan akhbar Kosmo, Memo Perhubungan Pejabat Perdana Menteri mengarahkan penggunaan nama 'Mahiaddin Md.Yasin' atau Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin Haji Md.Yassin' bagi semua urusan surat-menyurat dan dokumen rasmi kerajaan berkuat kuasa serta merta.

Perdana Menteri disarankan guna nama ikut MyKad dalam urusan rasmi

Ianya susulan pandangan Jabatan Peguam Negara yang menyarankan agar semua dokumen rasmi yang memerlukan penggunaan atau tandatangan nama Perdana Menteri menggunakan nama rasmi beliau.

Memo dikeluarkan lepas mahkamah batal perintah penahanan ditandatangani PM

Sehubungan itu, memo bertarikh 3 Jun 2021 yang ditandatangani Ketua Setiausaha Sulit Kepada Perdana Menteri, Marzuki Mohamad dipercayai dikeluarkan selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 April membatalkan perintah penahanan yang ditandatangani Perdana Menteri menjalankan tugas Menteri Dalam Negeri kerana tidak menggunakan nama dalam kad pengenalan (MyKad) iaitu Mahiaddin Md Yassin.

Selain itu, Pesuruhjaya Kehakiman iaitu Datuk Norsharidah Awang memutuskan di bawah Akta Fungsi Menteri 1969, Perdana Menteri mesti menggunakan nama Mahiaddin Md.Yassin seperti yang dinyatakan dalam MyKad miliknya

"Perdana Menteri akan terus dikenali sebagai Muhyiddin Yassin oleh orang awam dan media."

Anda masih keseorangan?

936,383 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen