"Berjuang abang hadiah terbesar..." -Tak minta hadiah mahal di hari ulang tahun, cuma harap suami terus berjuang

Benar tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya, namun agak berbeza situasinya yang perlu dilalui oleh wanita ini apabila lebih memilih untuk terus mendukung dan menyokong jihad suaminya sekaligus terpaksa berkorban waktu apabila tidak berkesempatan untuk menyambut hari-hari istimewa bersama suami tercinta.

Titip ucapan romantis di hari ulang tahun isteri

Hari ini, pada tanggal 16 Jun merupakan hari ulang tahun kelahiran isteri kepada pendakwah yang amat dikenali dengan sifat kemanusiaannya iaitu Ustaz Ebit Lew.

 

 

Sehubungan dengan tarikh paling bermakna itu, Ebit Lew telah menitipkan ucapan romantis buat bidadari tercinta yang jauh di mata pada ketika ini selain memberi kejutan istimewa buatnya.

Luah rasa rindu isteri dan anak

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya dan sempat meminta maaf kerana tiada pada hari paling istimewa bagi isterinya.

"Tak apa abang, berjuang abang ialah hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan. Tengok ramai anak kecil susah perlu duit pembedahan..."

"Anak kita ada rumah tempat tinggal Allah bagi. Teruskan abang. Kita kan ada Allah sayang kita..."

-Isteri-

Anda masih keseorangan?

936,393 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen