Setiap manusia tidak akan diuji di luar kemampuan mereka. Meskipun terasa berat namun kehidupan perlu diteruskan dan ditempuhi dengan sabar.
Tentunya setiap yang berlaku ada hikmahnya, sebagai manusia, kita perlu reda di atas segala ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.
Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @shaqudsi ini apabila diuji dengan kehilangan bayinya setiap kali hamil.
Hidap penyakit lemah rahim
Dalam video yang dimuat naik itu, dia berkongsi pengalaman kehilangan ketiga-tiga anaknya sejurus selepas melahirkan dan melihat anaknya meninggal dunia di dalam pelukannya.
Menurut @shaqudsi, dia menghidap penyakit cervical incompetence atau lebih senang difaham sebagai rahim lemah yang boleh menyebabkan bayi lahir dalam keadaan pramatang.
Katanya lagi, dia menjalani proses kehamilan dan kelahiran seperti biasa namun ketiga-tiga bayinya yang merupakan dua perempuan dan seorang lelaki belum sempat meneguk air susu darinya telah pun menghembuskan nafas terakhir.
Berpantang tanpa bayi
Malah, sudah tiga kali dia bersalin namun bayi tidak dapat pulang bersama kerana sudah meninggal dunia.
“3 kali mengandung, 3 kali buku merah. 3 kali masuk labour room, 3 kali suami tunggu di luar dengan tabah. 3 kali balik rumah berdua tanpa baby. 3 kali suami uruskan baby sambil Sha kena tahan dalam wad,” tulisnnya.
Sayunya, dia perlu menjalani proses berpantang sebanyak tiga kali tanpa ada bayi disebelahnya.
“3 kali berpantang tanpa baby, 3 kali tak dapat susukan anak sendiri. 3 kali melihat nafasnya pergi dalam dakapan. 3 kali kenal erti rindu yang berpanjangan,” jelasnya.
Rindu nak peluk anak
Dalam pada itu, dia berpesan kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai zuriat agar menghargai anak-anak kerena dia sendiri merindui saat memeluk anaknya.
“Korang ada anak? Peluklah selalu sebab Sha dah rindu sangat nak peluk anak-anak Sha. Sayangilah anak-anak kita,” pesannya.
Awak dan suami insan terpilih
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak serta bersimpati dengan dugaan yang dilalui oleh pasangan suami isteri tersebut.
Mereka turut mendoakan agar pasangan itu segera dikurniakan zuriat selain memberi kata-kata semangat buat mereka.
Tinggalkan Komen