Bidas pendapat perempuan 'kena bodoh-bodoh sikit', Naim Daniel akui sukakan wanita berkerjaya & berilmu

Sejak akhir-akhir ini, telah menjadi satu perdebatan mengenai wanita berpendidikan tinggi ataupun berkerjaya dalam kalangan warganet.

Turut berkongsi pendapat, pelakon dan penyanyi Naim Daniel berkata dia tidak kisah jika calon isterinya berkedudukan atau tinggi pendidikan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, penyanyi berusia 23 tahun itu berkata bahawa kaum lelaki tidak sepatutnya rasa tercabar sebaliknya memberi sokongan kepada wanita.

Malah Naim nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin turut mendedahkan dia sukakan wanita yang berkerjaya dan berilmu.

“Kalau saya dapat isteri suatu hari nanti, itu adalah tanggungjawab saya sokong apa saja untuk isteri serta kakak atau adik perempuan kita mengejar cita-cita yang boleh menaikkan daya keyakinan mereka.

“Kita perlu saling melengkapi. Buat apa nak risau kalau dapat kekasih atau isteri yang berkedudukan kaya. Tidak patut wujud rasa tercabar kepada segelintir lelaki.

“Saya sukakan wanita yang berkerjaya, berilmu dan suka mencari ilmu kerana perkara itu sebenarnya meningkatkan moral kita bukan sebagai lelaki atau perempuan, tapi sebagai manusia sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, pelatun lagu Sumpah itu juga berpendapat tidak harus wujud mentaliti yang meletakkan taraf kaum wanita lebih rendah daripada lelaki.

"Sampai bila pula nak pijak kaum wanita dan meletakkan mereka di tahap yang mendatar sahaja? Kenapa tidak kaum lelaki menganggap perkara itu satu persaingan sihat.

"Kita sama-sama menuju ke arah perkara yang baik untuk diri sendiri kita jugalah untuk memperbaiki diri. Tiada masalah pun rasanya," ujarnya.

Sehubungan itu, perkara tersebut dipersetuju rata-rata pengikutnya terutama kaum wanita yang menyukai penyanyi tersebut berfikir.

Anda masih keseorangan?

936,378 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen