Lain dari lain, pak guard berbaris buat istiadat silang cota di majlis kahwin curi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang berkahwin tentunya rasa seronok apabila majlis kahwin mereka dimeriahkan dengan rakan-rakan dan juga saudara terdekat.

Biasanya kalau berkahwin dengan tentera tentunya akan ada istiadat silang pedang dan pasangan pengantin akan lalu dibawah pedang tersebut namun lain pula kali ini.

Pak guard buat istiadat cota

Baru-baru ini tular satu video akan istiadat cota yang dilakukan pengawal keselamatan bagi memeriahkan majlis kahwin rakannya.

Video tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @syahrul_1717 apabila memaparkan barisan pengawal keselamatan menyambut perarakan pengantin.

Menerusi video yang dimuat naik itu, dapat dilihat beberapa orang lelaki lengkap memakai pakaian seragam pengawal keselamatan mengangkat kayu cota bagi menyambut kehadiran pasangan pengantin baru.

Terlihat lain dari lain, istiadat cota itu terlihat begitu teratur malah salah seorang yang bertindak sebagai ketua pelatun juga terlihat profesional.

Bekas polis dengan tentera ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum melihat persembahan tersebut malah turut mengatakan bahawa rata-rata pengawal keselamatan terdiri dari bekas tentera atau polis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen