Kembali sebagai Ai.Z, Aizat Amdan dipuji bakal jadi 'the next Yunalis Zarai'

Tentunya sudah lama tidak dengar perkembangan terkini penyanyi berbakat besar Aizat Amdan yang terkenal dengan lagu Sungai Lui.

Untuk makluman, Aizat Amdan kini tampil dengan imej baru dan dikenali sebagai Ai.Z bahkan bakal melebarkan bakatnya ke pentas antarabangsa.

Sebagai pengenalan, Ai.Z atau nama penuhnya Muhammad Aizat Amdan, telah melancarkan single The Last Thing ciptaannya bersama Yuna.

Menerusi satu perkongsian oleh pengguna laman Twitter dikenali sebagai Adi Ariff, mengatakan bahawa lagu terbaru penyanyi berusia 32 tahun itu sememangnya mempunyai mempunyai vibe lagu antarabangsa.

Malah pengguna laman Twitter tersebut juga berpendapat bahawa Ai.Z bakal menjadi ‘the next Yunalis Zarai’.

Sumpah best!

Sehubungan itu, perkara tersebut juga dipersetujui oleh peminat muzik tanah air lain yang rata-rata memuji langkah berani Ai.Z ke peringkat antarabangsa.

International vibes

Menjengah ke YouTube, ramai yang memuji lagu terbaru penyanyi itu sedap didengar selain yakin boleh pergi jauh.

Anda masih keseorangan?

963,304 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen