Perlu tanggung tiga isteri, peniaga pukul isteri hingga koma rayu ikat jamin dikurangkan

Peniaga yang mempunyai tiga isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri ketiganya pada 4 Mei lalu.

Walau bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro, Rosmaini Abd Raof, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim V M Mabel Sheela.

Menurut sumber, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap, Jahidah [email protected], 43, dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan wanita itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin pada 6 pagi, 4 Mei lalu.

Difahamkan, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya kemudian memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM30,000 berikutan kes itu serius kerana menyebabkan isteri tertuduh dilaporkan koma selain memberi pengajaran kepada masyarakat.

Namun, tertuduh merayu jaminannya terhadapnya dikurangkan kerana dia menanggung tiga isteri dan tujuh anak.

Bagaimanapun, Hakim menetapkan wang jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM7,000 dengan dua penjamin.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran selain diarahkan supaya tidak mengganggu mangsa. Sebutan semula kes pada 25 Julai depan bagi pengurusan dokumen.

Anda masih keseorangan?

936,386 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen