Pasang 'lampu biru' elak kesesakan jalan, polis trafik cari pemilik kereta

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular sebuah video memaparkan kenderaan dipercayai milik seorang Instafamous dan pembantu peribadi kepada seorang artis tempatan yang menggunakan lampu strob ketika melalui kesesakan trafik.

Perkara tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati ramai sehingga meminta pihak berkuasa agar melakukan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang mengesan pemilik sebuah kenderaan mewah yang menggunakan lampu strob ketika melalui kesesakan trafik.

Menurut Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Azisman Alias, pihaknya menerusi JSPT peringkat kontinjen dan daerah sedang mengesan kenderaan jenis Mercedes-Benz yang tular di media sosial semalam.

"Penggunaan lampu strob adalah menjadi satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pemilik kenderaan itu sedang dikesan bagi diambil tindakan susulan dan siasatan lanjut," katanya.

Sebelum ini tular satu video berdurasi 20 saat yang dimuat naik pemilik kenderaan itu di aplikasi TikTok.

Difahamkan, kenderaan berkenaan menggunakan lampu strob bagi mengelak kesesakan trafik dan menggunakan lorong kecemasan.

Bagaimanapun, dikatakan akaun TikTok tersebut telah dipadam susulan video tersebut tersebar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen