Hamil lima bulan, usahawan kosmetik pukul anak hingga cedera diberi ikat jamin

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kes dakwaan usahawan kosmetik dan suami mencederakan anak perempuannya pada Isnin lalu, pasangan tersebut telah didakwa di Mahkamah Majistret, di Pasir Mas.

Menerusi laporan Harian Metro, Nurul Atikah Hanafi atau lebih dikenali sebagai Eka Ekora dan suami, Mohd Hairie Razali masing-masing berusia 33 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.

Mengikut pertuduhan, wanita itu dan suaminya didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan kepada anak perempuannya berusia 16 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Kampung Pauh di sini, pada 4.30 petang, 14 Jun lalu.

Sehubungan itu, pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta boleh membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Menurut laporan, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hakimie Ab Hadi yang tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, peguam tertuduh memohon supaya mereka diberi jaminan dengan kadar minimum kerana tertuduh wanita sedang mengandung lima bulan.

"Mereka memberi kerjasama dengan baik apabila menyerah diri kepada polis dan tinggal di Pasir Mas," katanya.

Sehubungan itu, mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diberi jamin sebanyak RM9,000 seorang masing-masing dengan seorang penjamin.

Pasangan tersebut juga perlu melapor diri di Balai Polis Pasir Mas dua kali sebulan dan majistret menetapkan 18 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan usahawan kosmetik dan suaminya ditahan polis kelmarin kerana disyaki memukul anak perempuan berusia 16 tahun selepas berang dengan tindakan remaja itu memuat naik status di WhatsApp.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen