Lepas tular pemain alih botol ketika sidang media, Uefa beri amaran akan ambil tindakan

Selepas tindakan seorang pemain bolak sepak antarabangsa, Christiano Ronaldo bertindak mengalihkan botol jenama minuman terkenal sebelum ini, beberapa orang pemain bola sepak lain seperti Paul Pogba dan yang terbaru  turut menyusul melakukan hal yang sama sehingga menjadi buah mulut netizen.

Tajaan penting dalam menjayakan kejohanan

Susulan insiden tersebut, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pasukan yang beraksi di Euro 2020 akan berdepan dengan denda sekiranya mereka mengalihkan minuman yang disediakan penaja ketika sidang akhbar seperti dilakukan Christiano Ronaldo dan Paul Pogba.

"Uefa mengingatkan pasukan bahawa penajaan adalah penting untuk menjayakan kejohanan dan bagi memastikan pembangunan bola sepak di serata Eropah termasuk belia dan wanita."

Tindakan akan dikenakan kepada pasukan

Justeru itu, pengarah Uefa Martin Kallen meminta agar pemain mematuhi peraturan ditetapkan badan bola sepak Eropah itu.

"Kami tidak akan mengenakan denda ke atas pemain sebaliknya ke atas pasukan yang mungkin selepas itu boleh bertindak ke atas pemain mereka. Tetapi buat masa ini tiada tindakan terus daripada kami ke atas pemain."

Bagaimanapun, dia memahami tindakan pemain Muslim seperti Pogba yang melakukannya atas sebab fahaman agama.

Sorotan video kejadian

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen