Atas permintaan Menteri Pendidikan, pelajar SPM dan STPM bakal terima vaksin awal Julai

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) iaitu Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya hari ini memaklumkan bahawa suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech akan diadakan di sekolah.

Hal ini bagi memfokuskan pemberian suntikan vaksin pada akhir Julai depan kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Atas permintaan Menteri Pendidikan

Jelas beliau, suntikan vaksin itu adalah permintaan daripada Menteri Kanan (Pendidikan) iaitu Datuk Dr Radzi Jidin.

"Dr Radzi mahu memberikan suntikan vaksin itu kepada pelajar tingkatan lima dan enam yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM."

"Oleh itu, pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM akan menerima suntikan dos pertama pada akhir Julai atau awal Ogos depan dan seleas tiga minggu, dos kedua akan diterima pelajar berkenaan."

-Khairy Jamaluddin-

Keutamaan vaksin kepada pelajar peroleh kelulusan

Semalam, Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) menyatakan keutamaan suntikan vaksin akan diberikan kepada pelajar bakal menduduki peperiksaan.

Ia susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen