Didakwa berang dengan anggota bertugas, polis panggil wanita cetus kekecohan di SJR

Sejak semalam telah tular di media sosial yang menyaksikan tindakan seorang wanita yang menengking angota polis di sebuah sekatan jalan raya (SJR) yang dipercayai berlaku pada 1 Jun lalu sehingga menerima pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada warganet walaupun tidak diketahui punca sebenar.

Polis panggil kedua-dua pihak

Susulan kejadian, Pesuruhjaya Polis Sabah iaitu Datuk Hazani Ghazali memaklumkan bahawa pihaknya akan memanggil wanita terbabit untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

"Kita akan menjalankan siasatan secara menyeluruh membabitkan kedua belah pihak sebelum tindakan selanjutnya diambil."

"Sekiranya terbukti benar ada anggota polis mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan wanita itu, kita akan ambil tindakan."

-Hazani-

Terima pelbagai dakwaan

Dalam pada itu, juga terdapat dakwaan wanita terbabit bertindak demikian kerana dikatakan terpaksa menunggu hampir 30 minit sebelum diberitahu kesalahannya selain timbul dakwaan kononnya wanita terbabit berang selepas disindir oleh anggota polis yang bertugas di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, punca wanita terbabit dikenakan saman adalah atas kesalahan cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh sejak awal tahun ini.

Alasan tak diterima

Berhubung dakwaan saman yang dikeluarkan polis ketika PKP, Hazan memberitahu bahawa perkara itu tidak dapat diterima memandangkan penguatkuasaan PKP pernah dihentikan dua kali sebelum ini.

"Alasan itu tidak boleh diterima, sekalipun cukai jalan tidak diperbaharui, mengapa insurans kenderaan tidak diperbaharui?"

-Hazani-

 

Rakaman video tular

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen